Friday, May 17, 2013

Sambutan Hari Guru SK Keruak 2013

Assalamualaikum. Guru Malaysia 1 Aspirasi 1Agenda , demikian tema Hari Guru Tahun 2013. Sedikit huraian tentang tema hari guru tahun ini.


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.


1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.



 Tahun ini,sebagaimana tahun-tahun lepas, pada hari Khamis 16 Mei 2013, SK Keruak telah mengadakan sambutan  Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah seawal 8.05 pagi.Aktiviti diteruskan dengan permainana ringan oleh guru-guru seterusnya penyampaian hadiah untuk guru serta kakitangan.



Monday, November 19, 2012

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR

Tahniah kepada semua pelajar..kejayaan dan kecemerlangan tidak berhenti di sini sahaja...







Wednesday, November 7, 2012

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012


KENYATAAN AKHBAR


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

6 November 2012